Download this Blogger Template by Clicking Here!

Ad 468 X 60

Laman blogfrizal.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan, kerugian dan kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman blog ini.

Wednesday 4 July 2012

Widgets

Ubati penyakit sendiri


Penyakit 1 : Pada tahun70-an saya menghidap migrain (sakit kepala sebelah).
     Apabila datang sakitnya, sebelah kiri muka jika dihentak dengan bongkah batu pun, tidak terasa. seluruh bahagian muka sebelah kiri termasuk gigi dan kepala, bagaikan hendak tanggal. Bermangkuk-mangkuk ponston ditelan bagi menghilangkan sakit, namun tidak pernah kurang. Saya menderita hampir setahun.
     Pada suatu hari, saya cuti seminggu balik kekampung. Sangatlah indahnya kehidupan apabila migrain tidak menyerang. namun apabila balik ke Kuala Lumpur, penyakit yang sangat menyakitkan itu datang semula. Saya terkesan, sakit itu tiba-tiba saja muncul
sebaik-baik terhidu asap ubat nyamuk yang diletak bersebelahan kepala. Lalu saya menyelidik, Akhirnya saya dapati benarlah penyakit migrain itu berpunca daripada asap ubat nyamuk yang tersedut semasa tidur. apabila saya gantikan dengan ubat nyamuk elektrik, alhamdullillah sehingga kini migrain tidak muncul lagi.


Penyakit 2 : Pada tahun 90-an saya diserang batuk selama 2 tahun.
     Selama dua tuhun itulah menderita batuk siang malam. Tidur bertemankan ubat, berjalan bertemankan ubat. Berbaldi ubat sudah diminum, sembuhnya tidak juga. Pada suatu petang selepas minum dan menjamah kudapan serta menelan ubat, saya duduk di anjung rumah. Angin bertiup bagaikan di tepi pantai. sungguh enak, dingin lagi menyegarkan. Tiba-tiba saya terbatuk lagi sehingga terbongkok-bongkok dan (maaf) terkencing.
     Saya terfikir, apakah tiupan angin dingin itu mungkin penyebabnya? Lalu saya melakukan sesuatu bagi memanaskan dada. saya jerang air, masukkan ke dalam bekas air. ketika air masih panas, bekas tersebut saya letakkan didada, sedut asapnya masuk kehidung dan rongga tekak. Mungkin mampu memanaskan paru-paru, apabila airnya mulai suam, saya minum. Setelah mendapati cara itu nampak berkesan, saya pun mengamalkannya. Apabila batuk saja, saya lakukan perkara yang sama; selain mandi air panas dan memakai baju menahan sentuhan angin sejuk.
Hanya seminggu cara itu diamalkan, batuk yang diderita,sembuh. Alhamdullillah.
     Cerita daripada pengalaman ini boleh anda jadikan panduan bagi mengatasi apa-apa penyakit yang sukar sembuh. anda carilah puncanya. punca seseorang terkena migrain cukup banyak. Cuba anda kaji jenis makanan dan minuman yang menjadi kegemaran. Ada orang alah minum nescafe. tidak mustahil anda juga begitu. Untuk mengetahui apakah minuman kegemaran itu sebagai puncanya; hentikan meminumnya selama beberapa minggu.
     Memang doktor mempunyai ilmu perubatan, namun ada kalanya kita patut mencari puncanya sendiri. Setiap penyakit ada penawarnya. Hanya kita yang lebih mengenali diri sendiri. Berfikirlah tentang penyakit anda. Kata para ilmuwan; berfikir sesaat lebih baik daripada beribadah setahun.

SHARE THIS POST   

  • Facebook
  • Twitter
  • Myspace
  • Google Buzz
  • Reddit
  • Stumnleupon
  • Delicious
  • Digg
  • Technorati
Author: Mohammad
Mohammad is the founder of STC Network which offers Web Services and Online Business Solutions to clients around the globe. Read More →

0 comments: