Download this Blogger Template by Clicking Here!

Ad 468 X 60

Laman blogfrizal.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan, kerugian dan kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman blog ini.

Thursday 21 June 2012

Widgets

Persoalan Pernah Bermain di Fikiranku

Kenapa aku sering diuji?
Firman ALLAH, maksudnya; “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang dusta.”(Surah al-Ankabut: 2-3)



Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Firman ALLAH, maksudnya; “ Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya ALLAH amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.“(Surah al-Baqarah: 216)


Kenapa aku diuji ujian seberat ini?
Firman ALLAH, maksudnya; “ ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.“(Surah al-Baqarah: 286)



Bagaimana akan ku hadapi ujian ini?
Firman ALLAH, maksudnya; ” Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan kebajikan), dan kuatkan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya, kamu berjaya ( mencapai kemenangan).“(Surah al-Imran: 200)

Firman ALLAH lagi, maksudnya, “ Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah: 45)


 Apa yang aku boleh dapat dari semua ini?

Firman ALLAH, maksudnya; ” Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka…”(Surah al-Taubah: 111)



Sumber catitan dipetik: Majalah Solusi, Artikel bertajuk “Kenapa aku…telah dijawab” m/s 61.

SHARE THIS POST   

  • Facebook
  • Twitter
  • Myspace
  • Google Buzz
  • Reddit
  • Stumnleupon
  • Delicious
  • Digg
  • Technorati
Author: Mohammad
Mohammad is the founder of STC Network which offers Web Services and Online Business Solutions to clients around the globe. Read More →

0 comments: